Friday, November 5, 2010

New Member Of The Family...

Hari ahad yang baru lepas ni, 31/10/2010, bertambahlah ahli keluarga ummi. Orang yang di tunggu-tunggu selama ni dah pun dilahirkan. Ummi selamat melahirkan baby girl yang beratnya 3.58 kg @ 35 weeks. Tu tak cukup bulan, kalau cukup bulan mau dekat 4 kilo berat baby.

Sebelum tu ummi dah admited ward sebab nak treat kencing manis. Gula tinggi la pulak mengandung kali ni. Ummi keluar dari wad hari Khamis petang. Dah berapa hari duduk rumah, rasa boring la pulak,walaupun sebenarnya ummi dah tak larat nak bawa perut berjalan. Mulanya ummi ajak En Ayah pergi jalan-jalan kat JJ. Kebetulan pulak kak yus & hafiz balik minggu tu. Tengah duduk sembang-sembang kat hall, ummi rasa semacam je. Elok aje ummi bangun, air ketuban pecah. Ummi macam biasa la, panik tapi En Ayah boleh lagi relaks (orang lelaki la katakan).

Ummi terus call Prof Zainul bagi tahu yang air ketuban dah pecah. Dalam keadaan kelam kabut tu, nak gelak pun ada, cemas pun ada. Cemas tu sebabnya air ketub banyak risau tali pusat keluar dulu. Air ketuban pecah pukul 1:15pm, sampai PAC, PPUKM pukul 2pm. Dah siap-siap kat PAC, staff PAC terus tolak troli ummi ke OT. Masa tu dah mula contraction tapi os baru je buka 1cm.

Masuk je OT, ummi pun mula la mengigil. Ada beberapa sebab la ummi mengigil tu. Yang pertama nya sebab takut. Maklum la first time ceaser, takut la. Keduanya, sejuk tapi takde la sejuk sangat pun. Takut yang lebih sebenarnya. Lepas, En Ayah dah ada sekali dalam OT baru la Prof Zainul mula. Pukul 2:40pm baby pun keluar. Alhamdulillah. Lega rasa hati bila dengar suara baby. Dah siap semua, staff dari wad ambik ummi & baby balik ke wad.  Humayraa adalah orang yang paling excited bila tengok baby. Memang selama ni pun dia dok tunggu baby bila nak keluar dari perut ummi. Ummi stay kat wad sampai hari selasa. Selasa petang tu En Ayah datang bawa ummi & baby balik.
*****************************************