Tuesday, April 26, 2011

Pesta Buku 2011...

Tun tengah sign buku karya beliau
Tun tengah sign buku karya beliau
Dah lama ummi tak update entry kat blog ni. Bukan apa,ummi tak sempat nak update..busy sesangat. Kebetulan anak sulong ummi & menantu ummi balik cuti, ummi ada plan hujung minggu bawa anak-anak jalan-jalan. 

Hari sabtu, ummi bawa pegi ke Pesta Buku di PWTC. Hari ahad, pegi ke Petrosains, di KLCC. Kita berbalik ke cerita pegi ke Pesta Buku. Orang biasa la ramai sungguh. Parking pun bole tahan payah juga. Ramai budak-budak sekolah yang datang.

Sampai je kat PWTC anak ummi kata ramai orang kat level 2 sebab ada Tun Dr Mahathir. Ada sesi pelancaran buku karya tulisan beliau "A Doctor In The House - The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad". Ada juga sesi tandatangan buku tulisan beliau. Ummi nak juga bergamba dengan Tun & ambik sign tapi tak sempat. Tapi ummi sempat la ambik gamba Tun dari tingat 3.

Ummi sempat la cari buku latihan untuk ayud & humayraa. Apa lagi seronok le. Jalan-jalan punye jalan, tak sedar dah dekat 3 jam kat dalam PWTC tu rupanya. Ummi janji En Ayah nak jemput pukul 1 kat HKL. Nasib baik ada kawan En Ayah yang sudi tumpangkan sampai ke rumah. Ummi minta maaf ye En Ayah. Leka round-round cari buku anak-anak, sampai terlupa.

Balik dari Pesta Buku tu ingatkan nak rehat kejap kat rumah pastu nak ke taman KLCC pulak tapi kata anak ummi pegi ari Ahad je. Dah a;ang-alang Ahad nak pegi Petrosains. Betul juga. So dapat la  rehat petang Sabtu tu. Ummi pun lepas solat Asar, terlelap sampai pukul 6:30 petang. Letih sesangat.

Tuesday, April 19, 2011

1st day to school

Hari ni 1st humayraa ke sekolah setelah sekian lama ummi, En Ayah & kakak- kakaknya pujuk suruh pegi sekolah. Sekolah tak la jauh sangat dari rumah. Dekat je. Humayraa bangun awal. Pukul 6:30 pagi dah bangun. Dah siap mandi, macam biasa, humayraa akan ikut Bah nya pegi anta kakak-kakak & abang nya pegi sekolah. Balik je terus ummi siapkan dia untuk pegi sekolah.

Excited betul nak pegi sekolah. Siap pakai kasut sekolah & stokin. Sebelum anta pegi sekolah, ummi make sure humayraa dah makan. So, ummi, En Ayah & Bah pegi sarapan skali kat kedai Anjung Corner, Taman Permata. Dah kenyang baru pegi anta ke sekolah. Sampai kat sekolah punye la dia seronok bila tengok ada ramai kawan. Terus pegi tanya cikgu, "bole masuk tak?". Cikgu dengar pun senyum je. Humayraa siap nyanyi kat cikgu lagi, "lailahaillah". Ummi bagi tau la kat cikgu yang humayraa ni suka menyanyi & menari. Ummi tunggu kat luar sekolah ni,kot dia cari ummi kang nangis pulak. Tapi cikgu pun pandai tackel budak-budak ni. Humayraa duduk depan skali. Supaya dia leka dengan cikgu & kawan-kawan. Suka ummi tengok humayraa seronok sekolah. 


Ni la sekolah humayraa

Sunday, April 17, 2011

Psikosis tu apa ye?...

Mulanya ummi ingat psikosis tu macam orang gila tapi bila ummi baca satu artikel dalam majalah iSihat pasal psikosis ni baru la ummi faham. Jom, ummi nak kongsi info pasal psikosis ni.

Psikosis ni berasal dari istilah Greek "psyche" yang bermaksud minda/jiwa dan "osis" bermaksud keadaan tidak normal. Psikosis ni adalah terma psikiatri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan 'hilang pertimbangan terhadap dunia realiti'. Penderita masalah ini disebut psikotik. Situasi psikosis yang lebih serius digelar halusinasi dan delusi.

Simptom-simptom psikosis antaranya ialah:
  • Mengalami perubahan ketara dalam tingka laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit,
  • Berasa keliru,
  • Terdengar suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi),
  • Mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi),
  • Percakapan banyak merapu dan mengarut,
  • Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab.

Diantara punca-punca psikosis ialah
  • Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental,
  • Mempunyai sejarah sakit mental,
  • Melahirkan anak (primaparity),
  • Mengalami komplikasi ketika mengandung,
  • Mengalami komplikasi ketika melahirkan anak,
  • Masalah sosial.
Ummi harap dengan sedikit info tentang psikosis ni dapat memberi info kepada semua rakan blogger tentang penyakit ini. Wallahua'lam.


************************************************

Thursday, April 7, 2011

Info Kesihatan...

Baru-baru ni ummi ada beli majalah iSihat. Banyak info tentang kesihatan yang berguna boleh semua pembaca dapat. Disini, ummi nak kongsi beberapa maklumat kesihatan berguna untuk kite semua.
  • Tip Kurangkan Sakit Belakang - Bangun dan berdiri. Duduk terlalu lama melemahkan otot dan perut serta menyebabkan kekejangan pada bahagian pinggul. Lama-kelamaan boleh mengakibatkan anda mengalami sakit belakang. Bukan itu sahaja, berdiri berupaya mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sehingga 42%, berdasarakan kajian oleh peyelidik Kanada. Tempoh paling ideal ialah bagi setiap 15 minit duduk, anda perlu berdiri selama 45 minit. Jika tempat kerja tidak membenarkan anda berdiri sambil buat kerja, cubalah lakukan aktiviti regangan.
  • Pengambilan Gula - Jumlah kandungan gula bersamaan dengan empat hingga lapan sudu teh bagi setiap 325 mililiter bungkusan atau tin minuman. Kementerian Kesihatan menyarankan pengambilan minuman tanpa gula atau hanya menambah satu sudu teh gula bagi setiap cawan minuman jika perlu.
  • Preskripsi: Bercuti - Sama ada bercuti ke luar negara atau berehat di rumah, bercuti mampu mengembalikan kesegaran kepada minda dan tubuh. Namun enam daripada sepuluh individu kerap menunda cuti. Jangan bertangguh lagi kerana bercuti mampu merendahkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan ukur lilit pinggang. Bukan itu sahaja, tekanan darah akan menurun dan anda berasa lebih sihat dan cergas.
  •  Bayam Baik Untuk Ibu Mengandung - Jika anda hamil, cuba banyakkan bayam dalm sajian. Baham padat dengan khasiat penting seperti vitamin A, C, E, K, zat besi, kalsium, kalium dan magnesium. Kandungan vitamin B bayam yang larut air membantu pengeluaran DNA dan membentuk sel-sel bayi dalm kandungan. Secangkir bayam kisar atau jus bayam menawarkan 15% khasiat yang diperlukan oleh ibu mengandung.
  • Pudina Legakan Tekanan -  Masalah sama ada kecil atau besar, mampu memberi tekanan kepada setiap individu. Bagi mengatasinya, apa kata mengambil pudina. Ibarat ubat, pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat "sejuk" hingga mampu memberi ketenangandan menjadi penawar bagi meredakan tekanan. Selain meredakan tekanan, pudina turut mampu mengubati penyakit lain seperti batuk dan demam selsema.
Inilah sedikit sebanyak info kesihatan yang sempat ummi kongsikan dengan rakan-rakan blogger semua. Ummi harap info ini berguna kepada semua.
 

*******************************************************