Monday, October 25, 2010

Padah Tak Kontrol Makan...

Minggu lepas ummi buat ujian mgtt..semuanya tinggi. Pastu jumaat baru ni buat ujian BSP pulak. Tinggi juga resultnya. Lastly, Dr suh ummi masuk wad sbb nak mula cucuk insulin.

Hmmm.... Tu la akibat kalau tak kontrol makan masa mengandung. Tapi ummi tak nafikan memang mengandung kali ni selera makan memang ok. Nak makan makanan yanh sedap-sedap belaka. Makan kt BBQ Chicken, Syed Bistro, Sedap Deli (steamboat), Nandos & kedai mamak.

Tadi timbang berat ummi dah 89.1 kilo. Berat tuuuuuu..... Rabu last week berat baru 86.5 kilo je. Dekat 3 kilo naik. Patut le berat. Humayraa & adik bongsu ummi ada la temankan ummi tido kat wad mlm ni.

Pukul 5:30 petang tadi dah ambik darah. Lepas ambik darah, baru bole makan. Gamba kat atas tu ialah makan utk minum petang kot. Buah oren tu humayraa dah cop dulu. Rasanya tawar la. Nama lagi hospital.


*****************************************

Happy Birthday Humayraa





Tahun ni Bulan October, umur Humayraa masuk 4 tahun. Tahun ni tak buat besday party. untuk humayraa sebab tak larat tapi ada la tempah coklat untuk bagi pada budak-budak. Nanti masa buat aqiqah utk baby,bole buat skali dengan besday Humayraa & Ayud skali.

Sunday, October 24, 2010

Campak Rupenye...


Sekarang memang musim demam agaknye. 3 minggu lepas, ayud kena demam. Dengan muntahnya, selsema. Ingat kot-kot kena denggi. Maklum le beberapa hari kebelakangan ni cuaca panas, nyamuk pulak kluar cari mangsa.

Elok demam, dia pergi sekolah & balik je dari sekolah dah demam balik. Demam lagi. Ummi suruh En Ayah ambik darah ayud. Check le kot- kot denggi bole cari ketam. Buat sup ketam sebab kengkawan ummi kata kalau makan sup ketam bole cepat sembuh denggi. ermmm...apa agaknya yg ada dalam ketam sampai bole baik denggi.. Itu la kehebatan Allah. Masa nak bawa ayud pegi klinik, baru ayah perasan ada bintik2 merah kat badan ayud. Laaa.... campak rupanye.

Ni mesti berjangkit dari kawan. Memang betul pun. Ada salah sorang kawan dia kena campak tapi pegi sekolah juga. Mesti parents budak tu tak perasan anak kena campak. Tak perihatin betul. Geram pulak ummi di buatnya. Tiap-tiap malam En Ayah la yang sapu bedak sejuk kat badan ayud. nak sapu calamine lotion, takde pulak kat rumah. Sapu je apa yg ada. Dekat 3 hari juga la ari ayud baring je. Tu confirm teruk la tu. Selalu kalu demam sikit-sikit, dia bole lagi main dengan Humayraa.

Arini dah beransur baik dah campak dia. Ari sabtu yang lepas ni dia tanya kat ayah bila dia bole pegiseklah. Boring la tu. mana tak nye, baring je.



*********************************

Thursday, October 14, 2010

3D Scan....Thanks to Mamaafzal...





Ni la dia orang nye yang Ummi dok usung ke hulu ke hilir. 1 saat pun tak tinggal. Berat baby on last scan dah 2.2 kg...masa tu baru 30 weeks. Sekarang ni Ummi  dah 32 weeker. Tunggu hari je la. Baby ni besar la pulak. Nak kata poly, tak juga. Scan liquor (sebut betul betul...lai-ku-ar bukan  sebutan yang lagi satu tu ye) ok, tak la banyak. Bila di antenatal check, baby besar macam 34 week @ 31 weeker. Jenuh la teran nanti.





**************************************

Tuesday, October 5, 2010

Teringin Makan Roti Delifrance



Semalam balik keje,terus pegi Carrefour Wangsa Maju. Teringin nak makan roti croissant. Order sampai 2 roti croissant. 1 filling tuna, 1 filling ayam. Baru lega. Kalu tidak, asyik teringat je.








***************************************************

Monday, October 4, 2010

Good Luck...

Pada yang akan menempuh exam PMR yang mula hari ni, Selamat Maju Jaya Ummi ucapkan. Baca soalan betul2, pastu baru jawap.

Hilangkan Stress...





Hari ahad, 3hb October, Ummi, En Ayah & family pegi ke Jeram jengguk Ina. Hari ni, 5hb Oct, budak-budak mula periksa PMR. Bawa Ina keluar makan-makan kat tepi Pantai Remis, Klang. Tengok Ina pun macam stress juga tu nak PMR. dapat keluar makan ramai-ramai kurang sikit stress dia. Lepas Ina abis PMR ni tahun depan takde lagi la nak jalan-jalan ke Jeram @ Pantai Remis, Jeram ni. Sebabnya En Ayah pun nak tukarkan Ina ke sekolah lain. Kalau keputusan PMR bagus, dapat la masuk asrama. Kalau tidak, sekolah kat Sekolah Seri Keramat la. Sekolah kerajaan ni dah tentu standard sekolah di jaga. Sekolah swasta ni, depa dok kira nak duit je. Cikgu ngajar takde, tak ambik kira pulak. Sikit-sikit duit. Kelas tambahan pun kena bayar. Apa la punye sekolah.



***********************************************

Friday, October 1, 2010

Maaf ye...

Sorry ye kepada semua blogger, kawan-kawan dan sedara mara yang singgah kat blog ummi ni. Buat masa ni ummi takde entry yang nak dicoretkan sangat memandangkan dah kerap rasa tak selesa dengan contraction. Ada aje cerita nak share tapi sebab dah tak larat nak duduk lama depan lappy. Kalu rindu drop je  few word kat shout-box. Insya Allah ummi balas.