Thursday, December 15, 2011

Lama nye tak update...

Lama sungguh ummi tak update blog ummi ni. Masa tak mengizinkan, ditambah pulak dengan penat. Hujung-hujung tahun ni memang tiap-tiap tahun sibuk, cuma tahun ni x sesibuk tahun-tahun yang lalu.

Awal bulan 12 aritu, anak ummi bersunat. Sekarang ni dah baik dah luka sunat tu. Makin ligat la dia main.

Semalam anak ummi yg sulong tu dapat offer stay kat Swiss Garden Resident untuk 3 hari 2 malam. Apa lg seronok la adik-adiknya. Dapat mandi swimming pool lagi. Maklum la, hotel kat KL ni kan mahal. Kalu saja-saja nak tido hotel, takde la. So arini lepas anis keje ummi nak p join anak-anak kat Swiss Garden.

Thursday, October 20, 2011

5th Humayraa's Birthday!

Kek besday humayraa

Hari ni, 20 Oct 2011, adalah besday humayraa yang ke-5. Dah besar dah anak dara ummi ni. Tahun depan dah kena pegi sekolah. Kemarin ummi dah pegi booked kek mana yang ada kat kedai kek tu. Cantik kek nye. Ni tak potong lagi kek nye sebab nak tunggu ramai2. Mulanya Humayraa nak kek yang ada gamba Barbie tapi kakaknye ternampak 1 kek ni ada gamba 'Ana Muslim', lagi cantik.


Minggu lepas ummi dah registerkan Humayraa kat sekolah Genius Aulad. Mudah-mudahan kali ni Humayraa syok sekolah. Sebelum nak decide sekolah mana nak pegi, ummi ada  juga minta pendapat dari kawan-kawan ummi yang dah anta anak ke pusat perkembangan kanak-kanak, macam Real Kids, Rasberry, Smart Reader & Genius Aulad. Akhirnya, ummi decide untuk anta Humayraa ke GA. Humayraa pun excited juga, tu adegan biasa la excited tu. Hari-hari dok tanya bila dia nak pegi sekolah.



 

Friday, September 9, 2011

Nak Kurus Punye Pasal

Lepas ummi bersalinkan Aishah (October 2010), berat badan ummi turun sikit je. Sebelum mengandungkan Aishah, berat ummi 75 kg. At the end of the pregnancy, berat ummi dah naik, dari 75 kg ke 82 kg. Lepas bersalin, berat ummi 78 kg. Aaarrrrr.......stressnye bila memikirkan berat badan yanag dah 'overload' ni.



Ada sorang kawan ummi masa sekolah menengah dulu,sekarang anak dua orang dah. Bila lepas bersalin je, terus turun berat ke berat asal. Jelesnye ummi. Jadi, officemate ummi introduce satu produk ni 'GreenCoffe 800'. Minum satu paket sehari. Kawan ummi tu, turun 4 kilo dalam masa 4 minggu. Maknanya, seminggu turun sekilo. Ummi pikir, itu kira okay la. Hari ni baru 3 hari ummi minum kopi tu. Ummi harap berat badan ummi turun dengan minum produk ni.

Yang jadi masalah umm ni ialah ummi enjoy eating. Ummi memang suka makan. Tambah pulak kalau makanan faveret ummi, lagi la bertambah-tambah makannya. Abis tu, macam mana nak kurus. Kata bonda ummi, dari kecik sampai la sekarang ni, ummi tak pernah yang bonda tengok kurus. Berisi memanjang. Ni la yang nak turunkan berat badan. Bila dah turun berat, badan pun sihat. Takde la asyik sakit tumit aje. Sekarang ni pantang berdiri lama, lepas tu mesti sakit kaki. Harap-harap lepas ni takde lagi masslah sakit kaki. Insya Allah.


********************************************
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 8, 2011

Kesian anak ummi ni

Baru-baru ni dalam seronok beraya, humayraa kena demam. Hari sabtu (hari yang nak balik ke KL), myraa dah mula demam. Sampai aje rumah, terus ummi bagi dia ubat demam. Demam myraa berlarutan la sampai ke hari Rabu (7/9/11). Dah 5 hari demam ni tak bole jadi. Ummi risau kot-kot sakit Kawasaki tu datang balik sebabnye myraa mata nye merah tapi mulut tak merah lagi, tangan kaki pun tak bengkak lagi.

Ummi bawa la pegi klinik tempat ummi keje. Kata Dr tu, Kawasaki ni jarang yang recurrent. Alhamdulillah myraa pun tak menepati kriteria penyakit Kawasaki tu tapiiiii.......Dr suruh ummi tengok tekak myraa. Masya Allah....tonsilnya bengkak dah type 3.

Tonsil myraa yang bengkak
Dah macam bunga kobis pun ada. Merah aje rupanye. Patut la dia tak nak makan, yang En ayah kira nak marah aje. Sabor je la. Dr suruh pegi makmal untuk ambil darah myraa supaya bole confirm demam disebabkan viral atau bakteria. Kalau bakteria, bole start antibiotik. Kalau viral, hanya continue makan ubat demam la.
Masa nak ambik darah myraa pun sampai 4 orang pegang. Masa sapu alcohol swab tu ok la. Bila dia nampak je syringe, terus melompat dari kerusi. Dah selesai ambik darah, myraa tanya, "nanti myaa tak nak jumpa Dr lagi. Nanti kena cucuk lagi". Kesian pulak dengar. Dr ada la bagi ubat demam dengan sukatan yang betul. Lepas dua kali makan, Alhamdulillah demam nye dah kebah dan myraa dah sihat. Cumanya mengada-ada tu tak hilang.
Keesokan harinya, ummi kena jumpa Dr semula untuk review keputusan darah. Kata Dr, demam ok bukan sebab bakteria. So, tak perlu la ummi risau sangat. Cumanya Dr suruh ummi monitor je tonsil tu. Andai kata la selepas ni myraa kerap demam, kena refer la ke ENT specialist. Kesian anak ummi. Ummi pun first time tengok tonsil myraa bengkak macam tu. Sebelum ni dia demam tak pernah tonsil bengkak. Dalam demam dan sakit tu, asyik menyanyi je. Myraa myraa. 

Ummi doakan puteri ummi ni cepat sembuh ye. Amin..Amin..Amin...


****************************************

Monday, August 29, 2011

Jalan-jalan cari kasut

Semalam ayud cakap, dia nak kasut yang ada roda tu untuk pakai raya nanti. Humayraa pun nak juga. Jadi petang semalam, ummi pun bawa la ayud, humayraa dan aishah, dengan di temani oleh adik ummi, pegi ke Jalan TAR.



Kete parking kat May Tower. Tak le jauh sangat nak jalan tapi dah bulan puasa, yang dekat pun jadi jauh. Punya la ramai orang. Dah macam laut.



Ummi p cari Sogo takde. Sales giler-giler kat Sogo tapi tak tergoda sebab masa tu dah mula rasa penat. Ummi cari pulak kat kedai kasut yg mengadap Sogo tu,takde juga. Lastnya, balik dengan tangan kosong je.

Lepas masuk waktu maghrib, ummi bawa ayud & ifi ke Wangda Walk pulak. Cuba cari kat sana pulak, kot-kot ada. Takde juga. Memang takde rezeki ayud la nak kasut roda. Lastnya, ayud pilih kasut sport biasa je.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 26, 2011

Inai raya

Dekat nak raya ni, macam-macam persiapan raya. Baju raya, kasut raya, jam raya, bole dikatakan semuanya raya la. Tidak terlepas juga princess ummi ni, humayraa. Dia nak berinai. Dia suka tengok kukunya warna merah, termasuklah ummi...:)...





Ummi dapat inai ni masa officemate ummi pegi haji 2 tahun lepas. Ummi kirim minta tolong belikan. Pakai kejap aje pun dah merah. Cantik tapi ummi tak tau la sama ada kat sini ada yang jenis macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

shopping baju raya




Tadi baru berkesempatan beli baju raya untuk bonda & anak-anak. Orang yang paling excited bila kata nak pegi beli baju raya pastinya humayraa & ayud. Ummi bawa depa pegi cari baju raya kat Carrefour Wangsa Maju je. Ramai juga orang pegi sana untuk sopping. Mula-mula cari baju bonda dan anak-anak remaja ummi ni, pastu baju humayraa & ayud. Mulanya ummi pun nak juga baju raya tapi bila memikirkan ada baju yang ummi baru pakai sekali je, baik pakai baju yang ada. Kang over budget payah pulak.

Dah settle beli baju, singgah kt pulak kt McD MRR2. Punya la ramai orang, baik yg drive thru mau pun kat kaunter. Lama juga la kena beratur. Agaknya orang kluar untuk supper kot. Masa tu jam baru pukul 11 malam. Sampai rumah dekat pukul 12. Sebelum tido, makan dulu makanan yanng beli kat McD tadi. Tido pun dekat pukul 1.

Tapi yang penting, at the end of the day, semua happy sebab dapat baju raya. Ummi pun suka. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 31, 2011

Officially be a 'wawa'

Masuk arini dah dekat 3 minggu lebih ummi jadi wawa. 'Wawa' tu panggil manja untuk ummi yang dah jadi nenek. Nak panggil nenek @ opah, nampak tua beno. Panggilan tu pun officemate ummi yang suggest.



Cucu sulong ummi ni lelaki. Muhammad Ammar Safwan bin Muhammad Hafidz. Ammar lahir by ceaser sebab kedudukan 'transverse'. Masa ceaser tu ummi pun masuk juga dalam ot sebab ummi record video dari mula pakar scrub hingga selesai. Alhamdulillah semua selamat. Ammar ni memang kuat nyusu. Maklum la, lelaki.



Sekarang berat Ammar dah 4.1 kg. Masa lahir aritu berat dia 3.18 kg. Seronok mummy & papa Ammar. Tak menang tangan la. Raya tahun ni bertambah la ahli keluarga dalam gamba family. Doa wawa, semoga Ammar grown-up to be a good son, anak yang soleh. Taat mummy papa. Tahniah buat Fairuz & Hafidz, dah bertambah ahli keluarga.

**************************
Published with Blogger-droid v1.7.4

Makan soto...

Ummi dah lama tak pegi makan soto minang kat Chow Kit. Ummi memang cukup suka soto kat kedai masakan minang kat sana tu. Bonda ummi pulak suka satay minang nya. Sup soto nya...urmmm....sedap. Ari sabtu lepas, kebetulan En Ayah & 3 orang anak & menantunya pegi ke Perlis, ziarah tok wan (mak ayah arwah anak-anak tiri). Puas rasa bila dapat makan soto tu. Sebelum ni ummi ada banyak kali ajak En Ayah pegi makan soto tu tapi tak kesampaian.



Lepas makan, ummi bonda & anak-anak jalan-jalan ke depan lagi untuk cari beras untuk buat nasi dagang. Chow Kit ni walaupun dah tengah malam,suasananya macam baru pukul 8. Orang masih ramai. Ada yang baru sampai, ada yang nak balik. Jamnya tetap sama dari dulu sampai sekarang. Itu la Kuala Lumpur.

***************************
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 17, 2011

kejap aje masa berlalu...

Hari genap seminggu bibik takde sebab balik ke Indonesia. Katanya lepas raya baru balik sini. Sementara dia takde ni ada penggantinya tapi datang hari-hari. Pembantu yang baru ni gajinya, satu hari RM35. Mahalkan?!! Tapi takpe la rumah ni pun besar & ramai. So sure hari-hari bersepah.

Setakat ni, kejenya okaylah. Ada kala dia buat keje tak abis, terus menonong balik. Lupa la agaknya. Sebelum dia keje kat umah ummi, dia pernah keje kat umah jiran ummi. Pembantu yang baru ni bab memasak memang tak pandai. Ada satu hari tu dia masak kentang sambal. Anak-anak ummi ni mana nak makan. Pelik aje masakkannya. Sudahnya, sekarang ni dia cuma potong rencah yang nak dimasakkan & goreng ikan ayam aje. Masak-masak sama ada ummi @ bonda ummi yang masak.

Dalam bab mengemas bagus pembantu ni sebab dapur ummi tu, kemas je. Kalu tidak, dulu bersepah. Weekend ummi masak la apa yang ada dalam fridge. Semalam ummi masak spagetti, makan malam makan kat kedai...:p... Hari ni ummi masak brocolli with oyster sos, sotong ikan masak pedas, ikan kering & sambal belacan. Ni baru kejap tadi masak udang tumis cili & nasi halia. Tapi tu bonda yang masak.

Tapi satu aje yang ummi tak berkenan, dia suka reka cipta cerita supaya kami ni benci bibik yang lama tu. Baru ni dia cerita denga bonda katanya bibik cerita pada dia yang bibik balik Indon ni ummi & En Ayah takde bagi dia apa2 pun. Nak gelak ada, geram pun ada. Mana dia tau entah la. Bila masa bibik cerita kat dia pun tak tau le. Pada hal, sebelum bibil tu nak balik En Ayah bagi pada bibik tu rm1600 lagi.600 tu gaji & 1k tu macam bonus la sebab nak puasa ni. Dia pulak memandai buat cerita pulak.

5 hari lepas dia asyik balik cepat. Ummi sampai pukul 6, dia dah balik. Tak bole jadi ni. Lepas tu, petang semalam cakap kat dia lepas ni nak balik kena tunggu ummi balik dulu. Takkan dia nak kata tidak kan!? Ye aje la dia.

Macam-macam peel pembantu umah ni. Harap-harap bibik lama ummi tu balik le awal.

Tuesday, June 28, 2011

kejap je rasa...

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 8 bulan rupanya umur Aishah (baby baru ummi). Rasa macam baru aje ummi lahirkan Aishah. Dalam masa 7 bulan lebih ni, gigi dah tumbuh 3 batang, dah menjulur & dah pandai berdiri tapi merangkak belum lagi. Rupanya bebaru ni Aishah demam sebab nak berdiri & tumbuh gigi. Bila demam dah baik, manja la pulak. Nak berkepit aje.
Yeayyyy.....Tak lama lagi ummi jadi wawa (panggilan glamour untuk nenek)..hehehe. Anak tiri ummi yang sulong tak lama lagi nak bersalin dah. Sekarang ni tengah tunggu masa je. Contraction pun dah kerap juga. Sekarang ni nak gi jalan jauh-jauh pun risau juga. Kang terberanak tak dan pulak nak ke hospital...:)

***********************************************

Friday, June 24, 2011

Berita Gembira....

Pagi tadi ummi dapat berita yang ummi dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2010. Alhamdulillah. Syukur pada Allah dan terima kasih juga buat bos-bos ummi sebab nya sure bos-bos ummi yang bagi nama pada Panel Pembangunan HR. Ummi rasa kerja-kerja ummi di hargai. Terharu juga. Lepas ni ummi mesti kerja lebih berkualiti. Thank you boss!!!

Tuesday, May 24, 2011

OGSM Penang

Minggu ni last la budak-budak sekolah. Bole dikatkan kebanyankkan sekolah tengah midterm exam sekarang, termasuk le anak-anak ummi. Minggu exam tapi ummi tengok masing-masing relaks je, tengok tv le main internet le. Maybe nak ilangkan stress la kot. 

Hujung minggu depan pulak nak ke Penang sebab ada congress kat Hotel Equatorial. Plan nak pegi petang Jumaat tapi rasa nak pegi awal pepagi Jumaat tu. Takde la rugi sewa bilik hotel. Selain attend congress, rasa nak jalan-jalan pulau. Maklum le dah lama tak pegi sana jalan-jalan. Tahun lepas ada forum kat Shangri-La hotel tapi tak sempat nak jalan-jalan sebab programnye suntuk sangat. Kali ni nak jalan betul-betul. Mana tempat yang best nak pegi melawat kat Penang ye?! Ada sesapa yang bole bagi idea?

Boss ummi cakap ada 1 kedai ni nasi kandar die..peehhhhh....sedap. Sampaikan bau kari tu lekat kat tanggan. hurrmmm....kat mana tu. Nak juga rasa. Sedap beno ke. Ummi tak sure anak-anak akan ikut ummi ke Penang ke tak. Kot ayah nye ada plan lain untuk diorang. Bye bye la ye. Len kali ajak ayah jalan-jalan kat Penang pulak.

Hari Ahad tu pulak, on da way balik KL ingat nak singgah makan mee udang kat Kuala Sepetang, Taiping. Aritu ada singgah makan kat kedai Mak jah tu. Bole la tahan tapi yang tak tahan nye..harga la. Mahal giler. Tu pun kalau sempat, kalu tak berangan je la.

************************************

Sunday, May 8, 2011

Jalan-jalan Di Petrosains KLCC

Ummi dah lama teringat nak berkelah kat Taman KLCC. Ahad 3 minggu lepas dapat juga ummi bawa anak-anak berkelah kat taman tu. Seronok pulak rasanya. Kebetulan cuaca hari tu tak la panas sangat macam hari-hari biasa tu. Bibik masakkan nasi dengan lauk sambal udang, sardin, sambal telur & ayam goreng. Habis juga, tinggal lauk je. Dah siap makan, masing-masing dah kenyang & barang-barang pun dah siap simpan dalam kereta, ummi bawa anak-anak pegi ke Petrosains.

Masa tengah dok beratur nak masuk dalam Petrosains tu, Ummi perasan ada 1 form ni. Form untuk jadi ahli Petrosains. Ada pakej untuk famili dan individu. Bagus juga pakej tu. Dengan unlimited access ke Petrosains dalam setahun. Macam-macam lagi la. Doh jalan-jalan dalam Petrosains tu tak sedar dekat 4 jam berjalan kat dalam tu. Baru terasa penat sungguh kaki berjalan. Nasib bek aircond, kalau tak tentu dah lembek. Aishah pun takde meragam sangat sebab sejuk. Humayraa dengan sepupu nya Iqah paling syok. Budaj-budak la katakan. Tapi Ummi tengok anak-anak seronok & ceria, Ummi pun senang hati.


Balik aje rumah, masing-masing dah keletihan. Rasa macam nak aje merangkak. Sakit betul kaki Ummi ni berjalan.


***********************************************

Tuesday, April 26, 2011

Pesta Buku 2011...

Tun tengah sign buku karya beliau
Tun tengah sign buku karya beliau
Dah lama ummi tak update entry kat blog ni. Bukan apa,ummi tak sempat nak update..busy sesangat. Kebetulan anak sulong ummi & menantu ummi balik cuti, ummi ada plan hujung minggu bawa anak-anak jalan-jalan. 

Hari sabtu, ummi bawa pegi ke Pesta Buku di PWTC. Hari ahad, pegi ke Petrosains, di KLCC. Kita berbalik ke cerita pegi ke Pesta Buku. Orang biasa la ramai sungguh. Parking pun bole tahan payah juga. Ramai budak-budak sekolah yang datang.

Sampai je kat PWTC anak ummi kata ramai orang kat level 2 sebab ada Tun Dr Mahathir. Ada sesi pelancaran buku karya tulisan beliau "A Doctor In The House - The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad". Ada juga sesi tandatangan buku tulisan beliau. Ummi nak juga bergamba dengan Tun & ambik sign tapi tak sempat. Tapi ummi sempat la ambik gamba Tun dari tingat 3.

Ummi sempat la cari buku latihan untuk ayud & humayraa. Apa lagi seronok le. Jalan-jalan punye jalan, tak sedar dah dekat 3 jam kat dalam PWTC tu rupanya. Ummi janji En Ayah nak jemput pukul 1 kat HKL. Nasib baik ada kawan En Ayah yang sudi tumpangkan sampai ke rumah. Ummi minta maaf ye En Ayah. Leka round-round cari buku anak-anak, sampai terlupa.

Balik dari Pesta Buku tu ingatkan nak rehat kejap kat rumah pastu nak ke taman KLCC pulak tapi kata anak ummi pegi ari Ahad je. Dah a;ang-alang Ahad nak pegi Petrosains. Betul juga. So dapat la  rehat petang Sabtu tu. Ummi pun lepas solat Asar, terlelap sampai pukul 6:30 petang. Letih sesangat.

Tuesday, April 19, 2011

1st day to school

Hari ni 1st humayraa ke sekolah setelah sekian lama ummi, En Ayah & kakak- kakaknya pujuk suruh pegi sekolah. Sekolah tak la jauh sangat dari rumah. Dekat je. Humayraa bangun awal. Pukul 6:30 pagi dah bangun. Dah siap mandi, macam biasa, humayraa akan ikut Bah nya pegi anta kakak-kakak & abang nya pegi sekolah. Balik je terus ummi siapkan dia untuk pegi sekolah.

Excited betul nak pegi sekolah. Siap pakai kasut sekolah & stokin. Sebelum anta pegi sekolah, ummi make sure humayraa dah makan. So, ummi, En Ayah & Bah pegi sarapan skali kat kedai Anjung Corner, Taman Permata. Dah kenyang baru pegi anta ke sekolah. Sampai kat sekolah punye la dia seronok bila tengok ada ramai kawan. Terus pegi tanya cikgu, "bole masuk tak?". Cikgu dengar pun senyum je. Humayraa siap nyanyi kat cikgu lagi, "lailahaillah". Ummi bagi tau la kat cikgu yang humayraa ni suka menyanyi & menari. Ummi tunggu kat luar sekolah ni,kot dia cari ummi kang nangis pulak. Tapi cikgu pun pandai tackel budak-budak ni. Humayraa duduk depan skali. Supaya dia leka dengan cikgu & kawan-kawan. Suka ummi tengok humayraa seronok sekolah. 


Ni la sekolah humayraa

Sunday, April 17, 2011

Psikosis tu apa ye?...

Mulanya ummi ingat psikosis tu macam orang gila tapi bila ummi baca satu artikel dalam majalah iSihat pasal psikosis ni baru la ummi faham. Jom, ummi nak kongsi info pasal psikosis ni.

Psikosis ni berasal dari istilah Greek "psyche" yang bermaksud minda/jiwa dan "osis" bermaksud keadaan tidak normal. Psikosis ni adalah terma psikiatri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan 'hilang pertimbangan terhadap dunia realiti'. Penderita masalah ini disebut psikotik. Situasi psikosis yang lebih serius digelar halusinasi dan delusi.

Simptom-simptom psikosis antaranya ialah:
  • Mengalami perubahan ketara dalam tingka laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit,
  • Berasa keliru,
  • Terdengar suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi),
  • Mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi),
  • Percakapan banyak merapu dan mengarut,
  • Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab.

Diantara punca-punca psikosis ialah
  • Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental,
  • Mempunyai sejarah sakit mental,
  • Melahirkan anak (primaparity),
  • Mengalami komplikasi ketika mengandung,
  • Mengalami komplikasi ketika melahirkan anak,
  • Masalah sosial.
Ummi harap dengan sedikit info tentang psikosis ni dapat memberi info kepada semua rakan blogger tentang penyakit ini. Wallahua'lam.


************************************************

Thursday, April 7, 2011

Info Kesihatan...

Baru-baru ni ummi ada beli majalah iSihat. Banyak info tentang kesihatan yang berguna boleh semua pembaca dapat. Disini, ummi nak kongsi beberapa maklumat kesihatan berguna untuk kite semua.
  • Tip Kurangkan Sakit Belakang - Bangun dan berdiri. Duduk terlalu lama melemahkan otot dan perut serta menyebabkan kekejangan pada bahagian pinggul. Lama-kelamaan boleh mengakibatkan anda mengalami sakit belakang. Bukan itu sahaja, berdiri berupaya mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sehingga 42%, berdasarakan kajian oleh peyelidik Kanada. Tempoh paling ideal ialah bagi setiap 15 minit duduk, anda perlu berdiri selama 45 minit. Jika tempat kerja tidak membenarkan anda berdiri sambil buat kerja, cubalah lakukan aktiviti regangan.
  • Pengambilan Gula - Jumlah kandungan gula bersamaan dengan empat hingga lapan sudu teh bagi setiap 325 mililiter bungkusan atau tin minuman. Kementerian Kesihatan menyarankan pengambilan minuman tanpa gula atau hanya menambah satu sudu teh gula bagi setiap cawan minuman jika perlu.
  • Preskripsi: Bercuti - Sama ada bercuti ke luar negara atau berehat di rumah, bercuti mampu mengembalikan kesegaran kepada minda dan tubuh. Namun enam daripada sepuluh individu kerap menunda cuti. Jangan bertangguh lagi kerana bercuti mampu merendahkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan ukur lilit pinggang. Bukan itu sahaja, tekanan darah akan menurun dan anda berasa lebih sihat dan cergas.
  •  Bayam Baik Untuk Ibu Mengandung - Jika anda hamil, cuba banyakkan bayam dalm sajian. Baham padat dengan khasiat penting seperti vitamin A, C, E, K, zat besi, kalsium, kalium dan magnesium. Kandungan vitamin B bayam yang larut air membantu pengeluaran DNA dan membentuk sel-sel bayi dalm kandungan. Secangkir bayam kisar atau jus bayam menawarkan 15% khasiat yang diperlukan oleh ibu mengandung.
  • Pudina Legakan Tekanan -  Masalah sama ada kecil atau besar, mampu memberi tekanan kepada setiap individu. Bagi mengatasinya, apa kata mengambil pudina. Ibarat ubat, pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat "sejuk" hingga mampu memberi ketenangandan menjadi penawar bagi meredakan tekanan. Selain meredakan tekanan, pudina turut mampu mengubati penyakit lain seperti batuk dan demam selsema.
Inilah sedikit sebanyak info kesihatan yang sempat ummi kongsikan dengan rakan-rakan blogger semua. Ummi harap info ini berguna kepada semua.
 

*******************************************************

Sunday, March 27, 2011

Busy Sangat...

Assalamualaikum kepada semua rakan2 blogger. Lama sungguh ummi tak update blog ummi ni. Rindu rasanya. Busy sesangat sampaikan tak dan nak buka internet. Tengok kejap-kejap je. Nama kata nak duduk & update blog memang tak dan. Dulu, kalu tak dan update blog kat office, sempat lagi update kat umah. Sekarang, kat office tak sempat, kat umah apatah lagi. Sejak ada baby ni, balik keje dan mandi, kena layan dia dulu. Kalu tidak, meragam. Kecik-kecik dah reti merajuk.

Ummi dari hari jumaat kena attended kongress kat KL Convention Centre (KLCC). Kongress "2nd Malaysian Reproductive Congress" selama tiga hari. Hari dah abis, lega. Tapi esok dah start keje pulak. Tak rehat langsung. Dah le kongress tu program semua mula 8:30am until 5:30pm. Very tiring tapi worth it dengan ilmu yang ummi dapat selama 3 hari.

Ok la, jam pun dah pukul 11 lebih. Ummi dah letih teramat. Nak rehat. Selamat malam semua.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, March 23, 2011

Yahuuuu...dapat juga akhirnya

Alhamdulillah kepada Allah & terima kasih kepada En Ayah sebab belikan ummi phone Samsung Galaxy Tab ari Isnin lepas. Dah lama ummi tunggu dapat juga.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, March 10, 2011

Kelebihan Azan...

Hari ni ummi nak kongsi maklumat yang boleh dimanafaatkan untuk kebaikan kita bersama. Setiap pagi ada slot Motivasi Pagi di radio IKIMFM. Kali ni motivatornye Dr Azhar bin Hj Sarip. Memang bagus isi dan cara penyampaiannya. Pagi tadi Dr Azhar berkongsi maklumat tentang kelebihan azan yang sering kita dengar 5 kali sehari ni. Allah itu Maha Kaya dan amat sayangkan kita, kita sahaja yang tak tau diri kita disayangi.

Azan adalah satu terapi untuk diri kita. Sebab itu, masa azan dilaungkan kita kena diam dan hayati azan tu. Jangan bersembang masa azan dilaungkan. Badan kita akan lebih positif dan tenang selepas azan. Kalau tak percaya, cuba la sendiri. Pegri cari kawasan lapang dan buka kasut @ selipar. pastikan tapak kaki sentuh bumi. Yang bagusnya ialah tanah liat dan pasir laut. Lepas tu, berdiri tegak dan azan dalam hati. Semasa azan tu, segala cas-cas negatif akan disalirkan ke bumi dan badan kita akan lebih positif. Tidur malam lebih tenang dan lena. Kita juga akan menjadi orang yang lebih ceria, InsyaAllah.

Ada maklumat yang ummi baca dalam satu web ni dan juga sama dengan apa yang Dr Azhar nyatakan bahawa, Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku (http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/kelebihan-azan/).  Masa itu la terjadinya kiamat sebab tiada lagi azan dilaungkan. 
  
Dr Azhar menyatakan, kita sering menghasilkan gelombang Beta yang mana gelombang ini menjadikan dunia kita tidak 'sihat'. Jadi, dengan kehadiran azan yang menghasilkan gelombang Theta adalah bertindak sebagai stabilizer ataupun pengimbang kepada dunia ni. Apabila gelombang Beta dihasilkan, gelombang Theta (yang dihasilkan oleh azan) pula bertindak untuk mengimbangi kehadiran gelombang Beta, supaya dunia kita berada di dalam keadaan seimbang. Pokok-pokok juga bertasbih kepada Allah dan menghasilkan gelombang theta. Tapi disebabkan pokok-pokok dah banyak yang ditebang, gelombang beta makin meningkat.

Oleh itu, hormati la waktu azan. Tak rugi kalau kita diam seketika sewaktu azan dilaungkan. Ummi harap maklumat yang ummi kongsikan disini bermanfaat. InsyaAllah.

*****************************************

Wednesday, March 9, 2011

Luruh Jantung...

Petang tadi jadi satu insiden yang betul-betul buat ummi rasa nak luruh jantung. Ummi on da way nak balik rumah,kat traffic light depan tempat keje ummi. Time tu lampu merah & depan ummi ada 1 lagi kete lain. Bila lampu hijau,ummi pun baru nak tekan minyak tetiba ummi nampak ada budak pompuan dah tertonggeng kat depan kete ummi. Nasib baik ummi dan brek. Ummi terua free gear & turun tengok. Ummi bukan tgk bebudak tu tapi ummi tengok motor budak tu. Kilat motor,sah motor baru...:p Apa la ummi ni tapi ummi tengok juga bebudak tu ok cuma luka sikit kat tapak tangan.

Ummi minta maaf, sungguh ummi tak perasan dari mana bebudak tu. Pastu ummi ingat depa terus jalan tapi rupanye buat u-turn pulak. Hrmm...berderau darah. Alhamdulillah xde apa-apa. Ummi tak kisah sangat ke kete sebab tau bumpernye kuat.

Lepas dari insiden tu,ummi cukup risau dengan motor yang tetiba dok celah-celah ni. Dah tu laju pulak.

*************************

Sunday, February 13, 2011

Tak sihat lagi?

Alahai anak ummi. Baru aje sihat dari demam, dah kena batuk & selsema pulak. Badan tu baru je nak berisi dah kena batuk pulak. Kesian..kesian..entah jangkit dari siapa ummi pun tak tau. Bila tido je, batuk pulak tu yang mengamuk. Batuk bagai nak rak. Time bagi ubat batuk tau pulak dia ye nak bagi ubat. Nak tak nak kena juga bagi ubat. Kakak humayraa pun nak jaga adik punye pasal, pegi unjut tempat tido adik. lagi mengamuk la adik tu. Dah le ummi letih sangat. Memang sah la kakak humayraa kena marah dengan ummi. Haa..kan dah kena marah. Kesian pulak ummi tengok kakak humayraa kena marah.


**************************** 

Happy Valentine's Day: Ancaman Terhadap Islam!

Petang semalam ummi & En Ayah pegi ke Jalan TAR. Sampai kat depan Sogo, ada sorang perempuan ni tengah edarkan pamplet. Ummi rasa sesiapa yang lalu depan Sogo semalam, sure dapat pamplet tu. Dia bg kat En Ayah. Mulanya En Ayah nak buang dah tapi ummi kata baca la dulu isi nya baru buang. Pamplet ni d buat oleh PERKIM. Ummi nak share maklumat yang ada dalam pamplet tu. Maklum la, 14 Februari dah dekat. Jadi, sebagai peringatan & maklumat baru bagi yang tak tau lagi serta juga untuk semua yang beragama Islam.


 PENDAHULUAN
  • Valentine's Day atau Hari Kekasih diangggap tarikh penting bagi pasangan kekasih.
  • Tarikh ini juga sebagai hari untuk memperingati seorang paderi Kristian yang bernama St Valentino.
  • Hari Kekasih mula menjadi budaya sekitar tahun 1980-an.
  • Budaya ini menular melalui berbagai saluran media massa.
  • Sejak kebelakangan ini, Hari Kekasih diraikan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral.
  • Pasangan kekasih banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan pergaulan bebas dan sebahagiannya di akhiri dengan pesta seks.
Ni la serba sedikit pendahulan tentang valentine's Day yang tercatat dalam pamplet tu. Seterusnya ialah sejarah sambutan Hari Valentine's ni. Setiap sesuatu tu mesti ada sejarah nya kan?!!.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Terdapat beberapa peristiwa sejarah berkenaan tarikh 14 Februari.
  1.  Ia diraikan semperna kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492. St Valentino merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan tersebut, St Valentino dianggap sebagai kekasih rakyat.
  2. Sambutan ini mengaitkan dengan kematian paderi St Valentino ketika pemerintahan raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St Valentino ini.
  3. (Versi Pertama) Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang dengan ajaran Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan. St Valentino diseksa dan akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukannya dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St Valentino disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga, ketika berada didalam penjara dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan akhir hayatnya sebelum dibunuh dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your valentine'. Maka, orang-orang Kristian mengambil semperna 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka itu.
  4. (Versi Kedua) Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan perang berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Claudis II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun, St Valentino menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentino ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu mengarahkan dia ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269M.
  5. Valentine's Day berkaitan dengan pesta sambutan kaun Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juna Februata. Pada hari berikutnya, mereka akan melakukan upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-besaran terhadap dewi cinta mereka.
PERINGANTAN & NASIHAT
  • Umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih.
  • Nabi Muhammad SAW mengharamkan segala perbuatan yang menjurus kearah kemaksiatan.
  • Dalam Islam, tidak ada istilah teman lelaki dan teman wanita atau couple. Islam hanya membenarkan hubungan melalui perkahwinan sahaja.
  • Hendaklah setiap Muslim berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam semua keadaan.
  • Hendaklah setiap Muslim benar-benar berwaspada agar tidak terjerumus dalam kesesatan.
  • Hendaklah setiap Muslim kembali kepada Allah dengan memohon petunjuk-Nya dan keteguhan didalam petunjukNya.
  • Valentine's Day adalah sautu kelalaian dan merupakan ritual agama lain.
  • Menyampaikan seruan kebenaran adalah kewajipan bagi setiap Muslim.
Penetapan hukum juga telah dilaksankan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006. Mesyaurat ini telah memutuskan bahawa "Amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam".

Inilah antara maklumat yang terdapat dalam pamplet tersebut. Ummi harap maklumat yang ummi sampaikan disini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada kita semua yang beragama Islam, agar dapat pikir-pikir kan lah sendiri wajar atau tidak kita raikan hari Kekasih ni. Dari kita rai hari kekasih, lebih baik kita raikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, nabi besar junjungan kita. Dapat juga pahala.

Jadi...sama-sama la kita pikir ye..
***********************************

Monday, February 7, 2011

Samsung Galaxy Tab...

Bebaru ni officemate ummi ada beli new gadget. Ummi ada tengok iklan gadget ni. Masa tengok iklan kat  tv tu takde feel apa pun. Sekali dapat tengok live...mak aaiiiii...best tuuuu. Hati ummi pun macam melonjak2 nak juga memiliki satu gadget yang bole tahan juga hebat nye.

http://www.samsung.com/us/mobile/galaxy-tab
Antara sebab yang ummi suka gadget ni ialah gadget ni ada apps store, macam iphone, yang bole download macam-macam software dalamnye...touch-screen, bluetooh, wifi, camera depan & belakang, andoird 2.2 platform, screen yang cantik & clear, ringan & ada sd card slot. Nak tau lebih lanjut, bole layari website ni ye http://www.samsung.com/us/guide-page/galaxy-s/

Haiii...bila la ummi bole dapat gadget tu. tiga minggu lepas ummi ajak la En Ayah pegi jalan-jalan kat KLCC, sambil tu bawa anak-anak jalan-jalan. Kalu dengan Maxis, ada la pakej nye. Ok la. Ummi tak tanya abis la. En Ayah dok perli jek, "tanya macam nak beli arini je". Sabo je la. Ummi nampak pulak satu kaunter ni, jual data kad untuk ipad Apple. Dah puas hati menanya, ummi ajak pegi ke tingkat 3. Pegi kedai Machines. Kat situ ada la diorang display ipad untuk customer cuba. Ummi rasa macam iphone tapi dalam size yang besar. Tak syok la sebab ummi dah ada iphone 4 yang baru je En Ayah belikan bulan September tahun lepas. Hati dah 'jatuh cinta' dengan samsung galaxy tab pulak. Terbayang-bayang tab kat tangan ummi...hehehee. Mudahan tahun ni dapat la...insya Allah...Amin!!!



***************************************************

Sunday, February 6, 2011

Nasi Arab

Sebelum ni ummi tak pernah makan nasi arab. Orang dok kata nasi arab tu sedap. Ummi kata,"ye ke?". Bulan Ramadhan tahun lepas, En Ayah introduce ummi nasi arab kat area Ampang ni. Apa lagi, Al-Rawsha.

Lepas makan, ummi terus 'jatuh cinta' dengan nasi arab kat Resturan Al-Rawsha. Ada peluang, memang ummi akan ajak En Ayah @ kawan-kawan office pegi makan kat situ. Ummi suka Chicken Mandy la. Lamb pun sedap juga. Lembut je dagingnye.

Tiap hari sabtu malam ahad, memang ramai customer. Sampai penuh semua parking. Tu la penangan nasi arab AlRawsha. Kata En Ayah, owner nye orang tempatan kawin orang Lebonan. Pandai sungguh cari peluang meniaga kat sini.

Pada yang belum cuba lagi,sila singgah. Ada dua outlet, satu d Ampang dan satu lagi dekat bulatan Kg Pandan. Kat bulatan Kg Pandan tempat parking lagi banyak dan kawasan pun luas dari yang kat Ampang.

******************************

Saturday, February 5, 2011

Aishah Oh Aishah...

Masa lahir berat Aishah 3.58kg. Dua minggu lepas bersalin berat Aishah dah 4kg. Tapi dua minggu lepas, Aishah kena demam & selsema. Minum susu pun kurang, berat  badan pun susut. Ummi kata susut sebab bila dukung dah rasa ringan. Tak macam slalu. Kesian Aishah.




ni Aishah sekarang


*****************************************

Kelebihan Kayu Kokka

Baby baru ummi sejak minggu ke3 pantang lagi asyik menangis je. Pastu matanya asyik merewang aje pandang ke atas. Macam-macam ikhtiar ummi buat, lastnya bonda sedara ummi bagi tau cari kayu kokka. Ummi tau juga yg kayu kokka ni banyak khasiat. Ummi cuba. Mudahan Allah izinkan & lindungi ummi anak beranak dari gangguan-gangguan yang tak dapat dilihat dengan mata kasar ni. Amin !!!


KELEBIHAN KAYU KOKKA (sumber dari Google)
***************************
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai berbagai rahasia dan kelebihan.

Kayu Kokka terdapat padanya berbagai rahasia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  1. Rumah yang memilikinya - aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur - letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi - rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot - gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam - rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang - bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun - rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
  12. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.

*************************************************

Thursday, February 3, 2011

Jom balik kampunggggg....

Lama betul ummi tak balik ke Parit, Perak. Lama juga tak pegi ziarah kubur ayah. Ummi gerak balik kampung pagi khamis. Ummi ingatkan tak banyak kereta, rupanye jangkaan ummi meleset. Banyak giler kereta. nak laju pun tak bole. Jem teruk sampai ke sungkai. Ingatkan jalan jem sebab apa, rupanye sebab jalan dari 3 lane jadi 2 lane. Patut la jem. Ramai juga adik beradik bonda balik ke rumah ninda rupanye. Seronok juga. Maklum la dah lama x kumpul ramai-ramai.

Pagi jumaat ni banyak plan ummi. Pagi ni nak ke pekan Parit nak beli roti canai. Lepas tu nak potong rambut anak. Potong rambut jauh bebeno sampai ke perak...hehehe. Lepas tu nak ziarah kubur ayah. Dah lama tak ziarah kubur ayah. Dah settle baru nak ke rumah kawan ummi nak ambik tempoyak & droyan. Terasa-rasa nak makan gulai tempoyak...hmmmm...sedappppp.

********************************************

Monday, January 31, 2011

Holiday @ Cameron Highland

Ummi rasanya dah lama tak sampai ke Cameron. Last pegi sana ada la 7 tahun lepas. Bebaru ni En Ayah bawa ummi dan family pegi holiday la kiranya kat sana. Bertolak dari rumah lepas asar, sampai kat Tanah Rata dalam pukul 8 malam. Boleh dikatakan banyak juga hotel yang ummi call,semuanya penuh. Last nye, berhenti kat satu hotel ni. Hotel baru rupanya hotel ni.


Cantik juga hotel ni. Maklum la hotel baru. En Ayah ambik dua bilik Junior Suite. Bilik lain dah penuh. lepas dah bawa naik semua barang ke dalam bilik masing2, kami semua turun bawah untuk makan malam. Malam tu kami makan steamboat. Ummi yang baru je abis pantang pun sebat sama steamboat. Sedap tapi mahal sangat la pulak.


Ni la rate bilik kat Hotel De La Ferns Cameron Highland. Bilik nye selesa sangat. Ummi ada juga tengok bilik Pentsuite, besarrrrr. heheee.... Mula ummi ajak En Ayah ambik bilik tu tapi En Ayah tak nak sebab takut orang hotel tu datang buat spot-check. Guest lebih dari 6 orang dewasa kang kena penati pulak.

ni la menu makan malam kami

sedap teh tarik ni

suasana pagi di cameron highland
Ummi dan yang lain memang enjoy kat Cameron tapi kesian kat aishah...huhuuhuuu.... Aishah ni memang tak tahan sejuk. Apa lagi, menangis la. Siap kena bedung dengan selimut tebal pun sejuk lagi. Kesian Aishah.






Esoknya kami jalan-jalan kat Brinchang. Sejuk juga pepagi kat Cameron ni tapi kejap aje la sejuknya. Tak macam Genting Highland. hrmmm....dah lama x pegi genting.

****************************************

Friday, January 7, 2011

2010....2011



Selamat tinggal 2010 & Selamat datang 2011.

Harapan & doa semoga tahun ni lebih bagus dari tahun lepas.

Amin... Amin... Amin...