Monday, December 20, 2010

BBQ...

Bbq @ the beach. Ada udang, ikan pari, ikan kembung & ayam. Banyak giler makanan, dengan nasi goreng nye, tomyam nye, sup lagi. Kenyang kenyang.


 
***********************************************

Holiday @ Port Dickson...

3 hari 2 malam ummi & family pegi holiday kat Port Dickson. Apartment nye sebelah Corus Paradise Resort. Apartment 2 bilik. Fulled-furnished, siap dengan air-cond pun ada. Hari pertama sampai situ (Jumaat) hujan. Punye la sejuk. Tak payah on kipas, angin bertiup masuk ikut pintu depan...sejukkkkk. Sampai naik kejang betis ummi. Nasib Baik ada bawa stokin.


Pagi esoknye (Sabtu) masing-masing siap nak mandi laut & pool. Cuaca hari sabtu lebih baik dari jumaat. Lepas sarapan je, semua termasuk la ummi turun ke tepi pantai.

Lepas semua dah puas berendam dalam air, kami balik ke bilik & siap-siap nak pegi jalan-jalan kat Dataran Teluk Kemang. Saja jalan-jalan makan angin bawa anak-anak bersuka ria. Anak seronok, ummi pun seronok juga.

**********************************

Friday, December 17, 2010

Gaya Tidur...

Aishah ni kalau tido macam-macam gaya ada.
Dah macam berenang pun ada.
Ni salah satu gaya favourite Aishah.

 
Si kakak nya...Humayraa...kalau adik tengah tido memang suka ngacau adiknya. Mana tak kena marah dengan ummi.


 **********************************************

Nona...Januari 2011...

Semalam ummi pegi kedai mamak, tengok ada majalah baru NONA.
Ingatkan untuk bulan Disember rupanye untuk bulan Januari 2011.
Lisa Surihani jadi cover modelnya.


Giler awalnye keluar majalah baru.
Bila ummi buka beberapa mukasurat majalah dalam ni ummi nampak ada iklan L'Oreal ni, untuk kurangkan pigmentation.
Kulit muka ummi ni dah naik pigmentation.


Maklum la masa mengandung aritu, kulit muka ni tak berapa nak jaga.
Krim-krim muka pun jarang pakai masa tu.
Belek-belek lagi ada la gambo fesyen baju kurung moden.
Ummi suka corak bajunye.



**************************************************

Wednesday, December 15, 2010

Holiday holiday holiday...

Yeaayyyyy....

Akhirnya dapat juga pegi bercuti lepas abis pantang.

Mulanya ummi cadang nak pegi Awana Kijal.

Dapat pegi Corus PD pun jadi la dari tak pegi mana-mana.



Jumaat ni nanti yang pegi semua ahli keluarga.

Anak-anak, menantu, mertua, adik-adik, ipar, biras, bonda & ninda serta anak buah En Ayah pun pegi juga. 

Yang tak peginye cuma En Ayah aje sebab sibuk dengan Yayasan Sofa.

Takpe la, alasan kami seronok dapat bercuti ramai-ramai dengan keluarga.


 Ummi tak pernah lagi bermalam kat Corus Apartment ni.

Tak tau le macam mana keadaan biliknye.

Tapi dari gambar yang ada dalam internet ni best la.

Harap-harap jangan indah kabar dari rupa dah la.

Sabtu sebelah malamnya nak buat BBQ.

Dah lama tak buat BBQ.

Mesti best ni.

**********************************************************************
 



Saturday, December 11, 2010

Yeayyyy......dah habis pantang!!!

Alhamdulillah
Selamat juga ummi menempuh tempoh berpantang tanpa sakit yang berat-berat. Especially semalam..hari yang paling kritikal.

40 hari tuuu...sengal rasa nk tunggu sampai abis. Ummi dah abis pantang,dah baby la pulak demam.

ishkk...macam2 hal.

Plan tengahari ni nak pegi tengok wayang. Nak tengok cerita "Hantu Mak Limah Balik Rumah". Ni kalu dah demam macam mana nak pegi...???? 

Monday, December 6, 2010

Asal Jaga Melalak..Melalak Tu Jaga la...

Hari ni dah 36 hari berpantang. Pantang yang macam tak pantang pun. Cuma pantang minum air sejuk, makanan yang gatal-gatal (seafood), & makanan yang sejuk. Yang lain sebat habis. Sampai sekarang ni dah boring, tak tau nak makan apa.

Gambar sebelah ni la anak dara ummi yang lahir tak cukup bulan tu. Masa awal-awal pantang, takde sangat la ummi nampak Aishah ni kuat melalak. Dia nangis pun sebab nak susu @ pampers basah je. Tapi sekarang ni, dah makin menjadi-jadi melalak nye. Asal jaga je..celik je mata dia,mesti melalak. Asal melalak tu mestu celik mata. arrrr..........Geram betul. Kalau dia jaga, dok diam je takpe juga. Ni tak, mesti melalak. Kata bonda ummi, macam ummi masa kecik dulu pun macam tu tapi lagi teruk. Sabo je la aku....