Monday, December 20, 2010

Holiday @ Port Dickson...

3 hari 2 malam ummi & family pegi holiday kat Port Dickson. Apartment nye sebelah Corus Paradise Resort. Apartment 2 bilik. Fulled-furnished, siap dengan air-cond pun ada. Hari pertama sampai situ (Jumaat) hujan. Punye la sejuk. Tak payah on kipas, angin bertiup masuk ikut pintu depan...sejukkkkk. Sampai naik kejang betis ummi. Nasib Baik ada bawa stokin.


Pagi esoknye (Sabtu) masing-masing siap nak mandi laut & pool. Cuaca hari sabtu lebih baik dari jumaat. Lepas sarapan je, semua termasuk la ummi turun ke tepi pantai.

Lepas semua dah puas berendam dalam air, kami balik ke bilik & siap-siap nak pegi jalan-jalan kat Dataran Teluk Kemang. Saja jalan-jalan makan angin bawa anak-anak bersuka ria. Anak seronok, ummi pun seronok juga.

**********************************

0 jawapan:

Post a Comment