Wednesday, September 29, 2010

Hari-hari Makan Di MAC...

Hari ni Kak Rita bawa makanan untuk sarapan.....Laksa Kerabu. Rasanya memang mmmmmmmm..... mmmmmmm.... sedapppppp...... Lain kali bole la bawa lagi ye.

Mee nya banyak tapi kuahnya sikit. Yelah, patutnya makan dengan kuah yang sikit. Kalau makan laksa biasa tu, memang sedap kalau kuah banyak. Kak Rita masak memang sedap. Hari sebelumnya ummi bawa mee kari & laksa. MAC ni bawa la apa makanan pun, Insya Allah habis. Belum pernah lagi makanan tak habis.

Bayangkan masa ummi mula-mula join MAC, berat baru 65 kg. Sekarang dah 5 tahun lebih keje kat MAC (tak termasuk berat lepas preggy la) naik ke 75 kg. Tu pun berat selepas dah turun 3 kg. Sekarang berat ummi dah 83.5 kg. Naik 8.5 kg. Lepas bersalin nanti, jenuh nak turunkan berat badan ni. Especially part perut la.

Tengok la kengkawan sekerja ummi ni. Kalau bab makan memang khusyuk. Menikmati makanan la katakan. Ada yang buat muka serious pun ada...cover la tu... hehehe....

Sambil-sambil tunggu bos sampai, isi perut dulu. Setakat tambah 2 mangkuk tu biasa je. Beberapa staff kena la tunggu kat kaunter. Ikut turn nak makan.  Kang orang kata tak buat kerja pulak. Macam-macam2.





 *****************************************************

Sama-sama Doakan Ummi...

 

Arini dah masuk 30 weeks plus of pregnancy. Kejap je rasa mengandung kali ni. Pregnant kali ni takde morning sickness macam mengandungkan humayraa dulu. Alhamdulillah. Bulan Ramadhan yang baru ni pun dapat la puasa 27 hari. Alhamdulillah. Ummi cuba juga untuk puasa penuh tapi 3 hari tu memang dah tak larat sesangat. Mula-mula rasa macam tak boleh je nak puasa tapi ayah pun bagi semangat supaya puasa, berjaya juga. Mengalahkan budak-budak puasa je...hehe...

Insya Allah tinggal lagi 6 minggu lebih je lagi. Cuma lately ni kerap sangat contraction. Ada kala tak selesa nak buat tugas harian. Tadi ctg ada irregular contraction. Pukul 1 tadi dah cucuk Dexa. Kang pukul 1 pagi, cucuk 1 lagi Dexa. Dr kata, untuk prepare baby punya lung to mature...hmmm...sounds scary sebab ummi baru 30 weeks plus. Apa-apa pun tunggu result dari lab.  Ada member ummi masa dia preggy 33 weeks, dia kena ambik Dexa juga  & 3 hari lepas tu dia bersalin....eeiiiiii....lagi scaryyyyyy..... Doakan mudahan sempat sampai 37 weeks. Insya Allah.








***************************************************

Tuesday, September 28, 2010

Exploring New Phone...

Now im updating my blog using iphone4. Make blogging easier. Seronok sangat Ummi rasa bila ayah nak belikan Ummi iPhone 4, ahad baru ni. Terima kasih banyak.

Banyak application yg Ummi dah download. Macam iPhone Ummi yg lama tu cuma ada Edge je. So nak download apa2 kena guna lappy. Skrg kat mana pun Ummi bole browing.



******************************************

Sunday, September 26, 2010

iPhone 4...


Lama dah ummi tunggu iphone4 ni. Hari ni Maxis officially jual iphone4. Anak & menantu ummi, Fairuz & Hafiz,  tengahari tadi dah pegi Maxis Centre kat KLCC ambik nombor untuk beli iphone4...5194. Petang pukul 5 ummi & semua sekali ikut pegi KLCC. Tup tup ayah nak belikan iphone4 utk ummi. Ambik iValue 2 punya plan.



 ****************************************