Wednesday, September 29, 2010

Hari-hari Makan Di MAC...

Hari ni Kak Rita bawa makanan untuk sarapan.....Laksa Kerabu. Rasanya memang mmmmmmmm..... mmmmmmm.... sedapppppp...... Lain kali bole la bawa lagi ye.

Mee nya banyak tapi kuahnya sikit. Yelah, patutnya makan dengan kuah yang sikit. Kalau makan laksa biasa tu, memang sedap kalau kuah banyak. Kak Rita masak memang sedap. Hari sebelumnya ummi bawa mee kari & laksa. MAC ni bawa la apa makanan pun, Insya Allah habis. Belum pernah lagi makanan tak habis.

Bayangkan masa ummi mula-mula join MAC, berat baru 65 kg. Sekarang dah 5 tahun lebih keje kat MAC (tak termasuk berat lepas preggy la) naik ke 75 kg. Tu pun berat selepas dah turun 3 kg. Sekarang berat ummi dah 83.5 kg. Naik 8.5 kg. Lepas bersalin nanti, jenuh nak turunkan berat badan ni. Especially part perut la.

Tengok la kengkawan sekerja ummi ni. Kalau bab makan memang khusyuk. Menikmati makanan la katakan. Ada yang buat muka serious pun ada...cover la tu... hehehe....

Sambil-sambil tunggu bos sampai, isi perut dulu. Setakat tambah 2 mangkuk tu biasa je. Beberapa staff kena la tunggu kat kaunter. Ikut turn nak makan.  Kang orang kata tak buat kerja pulak. Macam-macam2.





 *****************************************************

0 jawapan:

Post a Comment