Monday, October 25, 2010

Padah Tak Kontrol Makan...

Minggu lepas ummi buat ujian mgtt..semuanya tinggi. Pastu jumaat baru ni buat ujian BSP pulak. Tinggi juga resultnya. Lastly, Dr suh ummi masuk wad sbb nak mula cucuk insulin.

Hmmm.... Tu la akibat kalau tak kontrol makan masa mengandung. Tapi ummi tak nafikan memang mengandung kali ni selera makan memang ok. Nak makan makanan yanh sedap-sedap belaka. Makan kt BBQ Chicken, Syed Bistro, Sedap Deli (steamboat), Nandos & kedai mamak.

Tadi timbang berat ummi dah 89.1 kilo. Berat tuuuuuu..... Rabu last week berat baru 86.5 kilo je. Dekat 3 kilo naik. Patut le berat. Humayraa & adik bongsu ummi ada la temankan ummi tido kat wad mlm ni.

Pukul 5:30 petang tadi dah ambik darah. Lepas ambik darah, baru bole makan. Gamba kat atas tu ialah makan utk minum petang kot. Buah oren tu humayraa dah cop dulu. Rasanya tawar la. Nama lagi hospital.


*****************************************

2 jawapan:

Unknown said...

kakyong masa mengandung pun x penah control makan... sedap jer semua..
brp minggu lagi sblm due?

ummiprincesses said...

untuk pengetahuan kak yong saya dah pun selamat bersalin anak perempuan.sori lambat reply sebab badan tak berapa nak sihat.

Post a Comment