Sunday, February 13, 2011

Happy Valentine's Day: Ancaman Terhadap Islam!

Petang semalam ummi & En Ayah pegi ke Jalan TAR. Sampai kat depan Sogo, ada sorang perempuan ni tengah edarkan pamplet. Ummi rasa sesiapa yang lalu depan Sogo semalam, sure dapat pamplet tu. Dia bg kat En Ayah. Mulanya En Ayah nak buang dah tapi ummi kata baca la dulu isi nya baru buang. Pamplet ni d buat oleh PERKIM. Ummi nak share maklumat yang ada dalam pamplet tu. Maklum la, 14 Februari dah dekat. Jadi, sebagai peringatan & maklumat baru bagi yang tak tau lagi serta juga untuk semua yang beragama Islam.


 PENDAHULUAN
  • Valentine's Day atau Hari Kekasih diangggap tarikh penting bagi pasangan kekasih.
  • Tarikh ini juga sebagai hari untuk memperingati seorang paderi Kristian yang bernama St Valentino.
  • Hari Kekasih mula menjadi budaya sekitar tahun 1980-an.
  • Budaya ini menular melalui berbagai saluran media massa.
  • Sejak kebelakangan ini, Hari Kekasih diraikan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral.
  • Pasangan kekasih banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan pergaulan bebas dan sebahagiannya di akhiri dengan pesta seks.
Ni la serba sedikit pendahulan tentang valentine's Day yang tercatat dalam pamplet tu. Seterusnya ialah sejarah sambutan Hari Valentine's ni. Setiap sesuatu tu mesti ada sejarah nya kan?!!.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Terdapat beberapa peristiwa sejarah berkenaan tarikh 14 Februari.
  1.  Ia diraikan semperna kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492. St Valentino merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan tersebut, St Valentino dianggap sebagai kekasih rakyat.
  2. Sambutan ini mengaitkan dengan kematian paderi St Valentino ketika pemerintahan raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St Valentino ini.
  3. (Versi Pertama) Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentino sebagai seorang yang kuat berpegang dengan ajaran Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan. St Valentino diseksa dan akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukannya dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St Valentino disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga, ketika berada didalam penjara dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan akhir hayatnya sebelum dibunuh dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your valentine'. Maka, orang-orang Kristian mengambil semperna 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka itu.
  4. (Versi Kedua) Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan perang berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Claudis II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun, St Valentino menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentino ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu mengarahkan dia ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269M.
  5. Valentine's Day berkaitan dengan pesta sambutan kaun Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian dinamakan Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juna Februata. Pada hari berikutnya, mereka akan melakukan upacara penyembahan dan membuat perarakan secara besar-besaran terhadap dewi cinta mereka.
PERINGANTAN & NASIHAT
  • Umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih.
  • Nabi Muhammad SAW mengharamkan segala perbuatan yang menjurus kearah kemaksiatan.
  • Dalam Islam, tidak ada istilah teman lelaki dan teman wanita atau couple. Islam hanya membenarkan hubungan melalui perkahwinan sahaja.
  • Hendaklah setiap Muslim berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam semua keadaan.
  • Hendaklah setiap Muslim benar-benar berwaspada agar tidak terjerumus dalam kesesatan.
  • Hendaklah setiap Muslim kembali kepada Allah dengan memohon petunjuk-Nya dan keteguhan didalam petunjukNya.
  • Valentine's Day adalah sautu kelalaian dan merupakan ritual agama lain.
  • Menyampaikan seruan kebenaran adalah kewajipan bagi setiap Muslim.
Penetapan hukum juga telah dilaksankan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006. Mesyaurat ini telah memutuskan bahawa "Amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam".

Inilah antara maklumat yang terdapat dalam pamplet tersebut. Ummi harap maklumat yang ummi sampaikan disini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada kita semua yang beragama Islam, agar dapat pikir-pikir kan lah sendiri wajar atau tidak kita raikan hari Kekasih ni. Dari kita rai hari kekasih, lebih baik kita raikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, nabi besar junjungan kita. Dapat juga pahala.

Jadi...sama-sama la kita pikir ye..
***********************************

2 jawapan:

Ein Makrai... said...

thanks or the info..amat menghargai nyer...

ummiprincesses said...

Sama-sama ein. Ummi dapat masa jalan kat Jln TAR. Bagus juga diorang buat macam tu. At least, budak-budak muda ni dapat juga info.

Post a Comment